Zauj ku ♥
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم . السلام عليكم
Temu janji pertama kami..
Tidak!
Aku tak memerlukan bangunan yang tinggi-tinggi.
Dengan plat 5 bintang digantung menghiasi dinding sepi. Aku tidak inginkan makan malam dengan lilin yang menerangi. Ditambah pula dengan pemain biola yang menari-menari.
Juga cincin yang dimasukkan dalam minuman yang boleh menyebabkan aku tertelan,
lalu tercekik mati. Errkkk !!
Tapi..
temujanji pertama kami, aku hanya mahu abah sebagai WALI..
Ditemani keluarga yang tersenyum bahagia mengelilingi..
Mungkin ditambah dengan suara kanak2 riang yang berlari-lari..
Doa para hadirin yang turut mengiringi.
Dan yang paling utama, temu janji pertama kami ini,
DI REDHAI ILLAHI..
---------------------------------------------------------------------------------------------
Dear future husband,
i will cook. i will clean. i will shop. i will be the best housewife,ever.
InsyaAllah
i will dress up for you. i will maintain my appearence for you. i will make sure to be the best wife i can be.
InsyaAllah
i will have as many children as you want. i will raise your children to be the best they can be. i will be the best mother.
InsyaAllah
As long as you promise me one thing,
HELP ME GET TO JANNAH ♥
*saja besarkan gambar tu*
Allah, terasa nak kawin.
Sabar je lah duhai hati :(
Nasib baik kartun je. Kalau manusia betul2, Saya rasa orang yang baca entry ni pun nak kawin sekarang juga kan :D
*Allah, aku mengharapkan yang terbaik darimu. Amin :')
Muhasabah Bersama
"Wanita meletakkan tangannya pada mulutnya ketika menangis. Dan lelaki pula meletakkan tangannya pada matanya ketika menangis. Seolah-olah mereka tahu dari mana banyak terhasilnya dosa"
-Dr Khalid Abd Aziz Muhammad Al-Jubair
--------------------------------------------------------
Takdir kadang2 mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang, memberi apa yang tidak dirancang, memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan, serta membuat kita merasa kehilangan..
Namun takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban,
serta memberi peluang menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN, dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan ♥
--------------------------------------------------------
Nabi saw berkata : Sesungguhnya di atas neraka jahannam itu ada titian sirat yg lebih nipis dari rambut & lebih tajam dari pedang. Bahagian atasnya menghadap ke syurga iaitu tempat yang licin, daripada kedua-dua sisinya ada besi-besi berpengait serta duri-duri api. Dengan sirat itu, Allah merintangi sesiapa sahaja yang Dia kehendaki daripada para hamba-Nya. Dan orang-orang yangg tergelincir pada hari itu samada lelaki ataupun perempuan adalah banyak sekali. (HR : al-baihaqi)
--------------------------------------------------------
Syurga itu sangat mahal & perlu dibeli dgn iman dan amal. Neraka itu sangat murah jika dibeli dengan dosa dan nafsu. Cerdiknya seseorang itu apabila dia mengetahui betapa indahnya syurga dan betapa azabnya neraka. Tabarakallah.
--------------------------------------------------------
Bukan Allah tak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, sengsaranya sukmamu. Mungkin itulah yang DIA mahukan kerana DIA tahu, hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat & akrab antara DIA dan kamu ♥
--------------------------------------------------------
Sebenarnya saya
Syafawani, 23
Banyak berkongsi. Tapi malangnya diri sendiri tidak seperti yang dinyata. Mungkin, lebih teruk dari orang lain yang tak tahu agama :(
Allah, aku berdamai dengan segala kisah lalu.
Ku ingin pasrahkan dan ikhlaskan apa yang telah berlaku.
Aku ingin menjadi sebenar-benar redha untuk semua aturan takdirMu. Gantikan apa yang aku hilang dengan jauh lebih baik menurut-Mu.
Jauh lebih indah, lebih kekal abadi hingga ke syurga-Mu. Sungguh aku ingin terus bersimpuh di sisiMu, menghiba padaMu dan bersandar erat di pautan cintaMu.
Tegur bila aku salah!