Waniey Mahassan

Dalam kegelapan itu, terbit cahaya dariMU ♥




Semua penulis akan mati.
Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti.


Ku biar kalam berbicara, Menghurai maksudnya di jiwa.
Ku biarkan pena menulis, Meluahkan hasrat di hati,
Moga terubat segala keresahan di jiwa.





FACEBOOK SAYA!




KARYA PENULIS
KENALI SAYA
MUHASABAH DIRI
JOM BERUKHUWAH !












Tinggalkan jejak di sini!














"Selamat Tinggal"
Huurun aini jannati
Sahabat Mujahidah
Tunjuk kan ku jalan yang lurus
Lukisan bercerita
Dakwat, berus dan serban




Dia bidadari syurga
  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم . السلام عليكم 

Siapa yang tak pernah dengar kisah bidadari syurga, Ainul Mardhiah? Subahanallah! Cantikkan  nama? Nama yang membawa maksud Mata yang diredhai.
Dia bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari lain di syurga. Dia lebih cantik dari bayangan manusia. Tak mampu untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Namun untuk memilikinya, perlu menitiskan darah sebagai SYUHADA!

Suatu pagi di bulan Ramadhan, Rasulullah bersabda kepada pengikiutnya dan para sahabat. "Barangsiapa yang keluar ke jalan Allah pada hari ini dan tiba-tiba syahid, maka dia akan dijanjikan seorang bidadari tercantik di syurga, Ainul Mardhiah"

Mendengar berita itu, seorang sahabat yang sangat muda usianya merasa teruja. Ingin ditanya tentang bidadari tersebut pada Rasululullah, tapi dia merasa malu.Sebelum keluar berperang, mereka tidur dan pemuda itu bermimpi.

Dia bermimpi bertemu dengan seorang yang berpakaian bersih lagi cantik. Lalu ditanya, apakah namanya tempat ini. Inilah syurga jawab lelaki itu. Lalu dia menyatakan hasratnya ingin berjumpa Ainul Mardhiah. Setelah diberitahu, dia berjalan dan berjumpa pula dengan seorang wanita yang kecantikannya tiada di dunia. Pemuda itu memberi salam dan bertanya Andakah Ainul Mardhiah? Jawab wanita rupawan itu, Bukan, saya hanya khadamnya (Penjaga)

Setelah itu, dia memasuki sebuah mahligai indah tidak terperi dan terjumpa seorang wanita yang lebih cantik dari tadi. Tapi apabila ditanya, wanita itu ternyata hanya khadam Ainul Mardhiah. Sampailah dia menaiki anak-anak tangga mahligai permata, dia menemui seorang perempuan yang sangat cantik paras dan susuknya. Malahan berkali ganda lebih cantik dari dua wanita tadi.

Wanita itu tersenyum sambil berkata akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untukmu. Sebaik saja dia ingin mendekati wanita itu, Ainul Mardhiah melarang dan berkata "Jangan, jangan kau dekati aku kerana engkau belum syahid lagi!"

Serentak itu, pemuda tadi terbangun. Sebelum berangkat ke medan perang, dia menceritakan mimpi aneh itu pada salah seorang sahabat. Pesannya, jangan ceritakan pada Rasulullah sehingga aku menemui syahid.

Ditakdirkan Allah SWT, pemuda itu gugur syahid. Petangnya, sahabat tadi menceritakan kepada Rasulullah tentang segalanya. Dan Rasulullah berkata benar, segalanya benar dan kini pemuda itu sedang menunggu waktu berbuka di dalam syurga ditemani Ainul Mardhiah nya.

*Kadang-kadang terfikir jugak. Mampu ke nak jadi bidadari syurga? Rasanya boleh je tapi kena laa ada usaha ke arah itu kan? Tapi daripada mengelamun nak jadi bidadari, baik korang g solat. Err.. dah solat belum? Kata nak jadi bidadari kan?
 
-Dengar dan hayati-


Terima Kasih sudi baca coretan yang tak seberapa. Harapanku, semoga kamu dikurniakan manisnya iman yang berpanjangan. Semoga diberkati hidupmu menuju bahagia yang kekal abadi ♥




Older Post | Newer Post