Waniey Mahassan

Dalam kegelapan itu, terbit cahaya dariMU ♥




Semua penulis akan mati.
Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti.


Ku biar kalam berbicara, Menghurai maksudnya di jiwa.
Ku biarkan pena menulis, Meluahkan hasrat di hati,
Moga terubat segala keresahan di jiwa.





FACEBOOK SAYA!




KARYA PENULIS
KENALI SAYA
MUHASABAH DIRI
JOM BERUKHUWAH !












Tinggalkan jejak di sini!














"Selamat Tinggal"
Huurun aini jannati
Sahabat Mujahidah
Tunjuk kan ku jalan yang lurus
Lukisan bercerita
Dakwat, berus dan serban




Kesilapan aurat wanita
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم . السلام عليكم 

Wani rasa majoriti kaum hawa dah tahu tentang ni. Tapi tak apa lah. Biar wani share buat yang tak tahu lagi yea. Baiki balik silap kita lepas ni. Sama-sama jadi muslimah sejati. Betul tak?

Ramai yang tahu berhijab. Ramai juga yang tahu menutup aurat. Tapi seberapa ramai yang tahu cara berhijab dan cara menutup aurat dengan betul dan sempurna? Seramai mana yang tahu 'kalau tak tutup aurat dengan sempurna tu, berdosa?' Lepas baca post wani kali ni, cuba kawan2 semua muhasabah diri balik. Ada tak ciri-ciri kat bawah ni SAMA dengan diri ukhti semua.

1- Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

2- Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

3- Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

4- Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-
kawasan mudah 'menggoda'

5- Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

6- Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

7- Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari 
ditutupi kain tudung.

8- Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

9- Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (An-Nur: 31)

So kalau dah tahu cara pemakaian tu salah, ubah lah yea. Kita ikut syariat Allah :) Baru laa Allah sayang.  Sebenarnya yang bertutup tu lagi indah kalau nak di bandingkan dengan yang terdedah kat luar sana. Biar kita buta fesyen di duniawi. Jangan kita merana dekat ukhwari sana nanti. Wallahua'lam.


-Islam mengajar kita untuk MENUTUP aurat. Bukan MEMBUNGKUS aurat.
Betulkan balik yea kaum hawa. Dirimu terlalu berharga -


Terima Kasih sudi baca coretan yang tak seberapa. Harapanku, semoga kamu dikurniakan manisnya iman yang berpanjangan. Semoga diberkati hidupmu menuju bahagia yang kekal abadi ♥




Older Post | Newer Post