Waniey Mahassan

Dalam kegelapan itu, terbit cahaya dariMU ♥




Semua penulis akan mati.
Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti.


Ku biar kalam berbicara, Menghurai maksudnya di jiwa.
Ku biarkan pena menulis, Meluahkan hasrat di hati,
Moga terubat segala keresahan di jiwa.





FACEBOOK SAYA!




KARYA PENULIS
KENALI SAYA
MUHASABAH DIRI
JOM BERUKHUWAH !












Tinggalkan jejak di sini!














"Selamat Tinggal"
Huurun aini jannati
Sahabat Mujahidah
Tunjuk kan ku jalan yang lurus
Lukisan bercerita
Dakwat, berus dan serban




Aurat ku bermaruah bukan MURAH !
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم . السلام عليكم 

"Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita solehah"

Seronok sebenarnya jadi insan yang mudah masuk syurga Allah ni. Kaum hawa mana yang nak masuk neraka, kan? Tapi hakikat, Neraka lah yang banyak penghuni dari kaum ni. Allah.. tak takut ke dengan azab-NYA kawan2 ku? Sampai bila nak ingkar dengan perintah-NYA?

Anak tanpa bapa merata2, adat bercouple yang semakin bermaharajalela, tabiat membuka aurat yang tiada kesedarannya. Sampai bila?? Sesungguhnya kau tertipu dengan solekan dunia yang  tak kekal lama! Muslimah sejati tak macam ni. Hatinya teguh mencintai Illahi. Ya! Saya pasti!

Pengalaman saya sendiri baru2 ni:
Saya balik kampung, dekat Kelantan. Hantar adik saya bersekolah di sana. Dia bersekolah di Sekolah Menengah Agama(A) Maahad Amir Indra Petra, Bachok (bagi yg tahu sekolah ni) Pakaian saya pada hari tu cukup ringkas. Sehelai t-shirt lengan pendek, tapi pakai inner, seluar track, selipar jepun, dan pashmina. Saya berjalan dengan slamber sambil bawa barang2 dia naik ke asrama. 

Saya ada terperasan memang ramai jugak lah muslimah2 pandang saya dengan lain macam, saya buat dek je tapi dalam hati gelisahnya, Allah je yang tahu. Habis semua tu, adik saya tanya.. "Kakak, kakak nampak tak tadi semua orang pandang kakak?" Dengan malunya saya jawab "YA" dan dia tanya kenapa. Saya jawab "Sebab kakak tak tutup aurat dengan sempurna" 

Betul, kita akan rasa ganjil bila dikelilingi muslimah yang bertudung labuh, sempurna menutup aurat dengan ikhlasnya. Astaghfirullah, sedih saya rasa. Dapat je pengajaran yang bermakna buat saya, saya tekad nak berubah sepenuhnya. Jaga aurat, jaga akhlak, jaga maruah, jaga adab, jaga segala2nya yang perlu dijaga. Sebab saya tahu, Wanita yang solehah itu, tersembunyi dan, Mereka dicintai Illahi.

-------------------------------------------------------------------------------

Auratnya BERMARUAH bukan MURAH.
Bukan seperti pepatah 'sekali air bah, sekali pantai berubah'
Imannya MasyaAllah, Alhamdulillah!
Di duga dia tabah, di luka tidak goyah.
Hati kadang gelisah tapi tidak menyerah. Hanya pada Illahi dia pasrah.
Dia BANGGA jadi muslimah, dia TEGAR kejar solehah, dia TAK MAHU layu lemah,
Kerana bukan mudah, RINDU JANNAH 

-Dia Mar'ah solehah (wanita solehah) 



sila dengar lagu ini ye WANITA semua
* Terima kasih untuk adik saya yang bersekolah agama tu. Banyak dia kongsikan dengan saya yang jahil ni. Moga Allah kasih ye adik ku.


Terima Kasih sudi baca coretan yang tak seberapa. Harapanku, semoga kamu dikurniakan manisnya iman yang berpanjangan. Semoga diberkati hidupmu menuju bahagia yang kekal abadi ♥




Older Post | Newer Post