Waniey Mahassan

Dalam kegelapan itu, terbit cahaya dariMU ♥




Semua penulis akan mati.
Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti.


Ku biar kalam berbicara, Menghurai maksudnya di jiwa.
Ku biarkan pena menulis, Meluahkan hasrat di hati,
Moga terubat segala keresahan di jiwa.





FACEBOOK SAYA!




KARYA PENULIS
KENALI SAYA
MUHASABAH DIRI
JOM BERUKHUWAH !












Tinggalkan jejak di sini!














"Selamat Tinggal"
Huurun aini jannati
Sahabat Mujahidah
Tunjuk kan ku jalan yang lurus
Lukisan bercerita
Dakwat, berus dan serban




Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan :)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم . السلام عليكم 

Apa khabar iman? :)
Macam mana puasa hari ni? Seronok tak solat terawih berjemaah? Best kan?
Hari ni dah masuk berapa ramadhan?  Tolong lah, jangan dikira 'bila nak habis puasa'. Tapi kira lah banyak mana amalan anda sepanjang puasa yang tak lama..

Tolong perbaiki niat kamu semua, berpuasa bukan kerana bazar yang ada, bukan kerana nak slim saja, bukan kerana nak raya, tapi puasa itu tuntutan agama, yang hadir dengan penuh rahmatNYA.. Peluang dah terbentang depan mata, tak kan nak tunggu dan lihat sahaja?

Petang semalam, saya ke pasaraya berhampiran. Terkejut juga sebab kad raya, baju raya, ang-pau untuk duit raya, semua berkaitan dengan RAYA, dah tersedia depan mata. Apa ni?? Puasa baru berapa hari. Allah... Manusia akhir zaman betul!

Ramadhan datang, jadi mulakan lah perancangan. Perbanyak kan membaca al-quran. Contoh, 1 hari 1 juzuk. Pagi lepas subuh, lepas zohor, lepas asar dan seterusnya. InsyaAllah 1 juzuk tu boleh habis. Tak boleh ke guna masa 10 minit untuk baca walaupun 1 ayat? Berat nanang dah tu -,-

Bila berpuasa, jangan lah bercakap benda lagha.. Tak ada guna. Pahala puasa pun tak ada. Akhirnya cuma dapat lapar dan daharga. Lagi satu, jangan tak solat pula yea. Takut nanti ada yang puasa, solat terawih penuh, tapi solat fardhu, hampeh. Seeloknya, cuba lah supaya tak tinggal solat fardhu. Didik diri, supaya di bulan2 lain pun, amal ibadat kita berganda2 macam di bulan ramadhan.

Ok? Boleh? InsyaAllah, Allah sentiasa ada :)



Mula kan dengan 'Bismillah'


Terima Kasih sudi baca coretan yang tak seberapa. Harapanku, semoga kamu dikurniakan manisnya iman yang berpanjangan. Semoga diberkati hidupmu menuju bahagia yang kekal abadi ♥




Older Post | Newer Post