Waniey Mahassan


Allah doesn't burden a soul beyond it's scope ♥



Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti.





~ FACEBOOK PENULIS~





- Coretan -
- Intro Penulis -
- Renungan Bersama-
- Ukhuwah -













"Selamat Tinggal"
Huurun aini jannati
Sahabat Mujahidah
Tunjuk kan ku jalan yang lurus
Lukisan bercerita
Dakwat, berus dan serban




Kelebihan Zikrullah
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم . السلام عليكم 

Alhamdulillah, Allah izinkan kita untuk sambut Eid Fitri tahun ni. Bersyukur kan? Asif, ramadhan hari tu wani jarang update blog. Online pun jarang.

Tapi kali ni wani nak kongsikan kelebihan berzikir pula yea. Sebelum tu, kita kena faham dulu makna 'ZIKIR'. Zikir asalnya dalam bahasa arab yang bermaksud sebut dan mengingati Allah. Tujuan berzikir? Untuk mengingati Allah. Dan bila kita menghayati kebesaran-Nya, kita pun dapat tahu sejauh mana martabat diri.

Lepas solat, mestilah kita berzikir & berwirid dulu kan.. Zikir apa yang selalu kamu semua baca? Apa kata start dari hari ni, selesai je dari solat, kita berzikir banyak-banyak. Tambah kan bacaan zikir. Boleh?

Zikir ni, masa tengah sapu rumah ke, tengah lipat kain ke, tengah memasak ke, ibu-ibu yang tengah dodoi kan anak ke, latih lah lidah untuk berzikir yea. Siapa kata tak boleh? Makanan yang kita masak pun boleh jadi sedap, anak pun tenang je dengar, tak menangis.. 

Semua orang tahu, dengan berzikir, hati kita akan tenang, kita dapat muhasabah kan diri, latih minda untuk ingat Allah selalu.. Kadang-kadang, hati yang keluh gelisah pun boleh happy. Kan? Lagi-lagi dapat tingkatkan pahala. Ni antara zikir & selawat yang wani amalkan.. wani amalkan, benda yang nak dekat dengan kita pun tak jadi nak dekat. Alhamdulillah, memang berhasil.

Rasulullah SAW bersabda : "Sucikan hati dengan berzikir"

Jelas sangat, berzikir itu banyak kegunaan nya.. Terasa diri ni dekat dengan Allah..


Hasbi Allah wani'mal wakil
Wani'mal maula
Wani'man nasir

'Cukuplah Allah bagiku, Sebaik-baik pelindung, 
Sebaik-baik penjaga, Sebaik-baik penolong'


Jom sama-sama ubah lagu yang berkumandang dekat blog tu, tukar jadi zikir pula yea..


Bukan Allah tak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, sengsaranya sukmamu. Mungkin itulah yang DIA mahukan kerana DIA tahu, hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat & akrab antara DIA dan kamu ♥




Older Post | Newer Post