Waniey Mahassan

Dalam kegelapan itu, terbit cahaya dariMU ♥




Semua penulis akan mati.
Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti.


Ku biar kalam berbicara, Menghurai maksudnya di jiwa.
Ku biarkan pena menulis, Meluahkan hasrat di hati,
Moga terubat segala keresahan di jiwa.





FACEBOOK SAYA!




KARYA PENULIS
KENALI SAYA
MUHASABAH DIRI
JOM BERUKHUWAH !












Tinggalkan jejak di sini!














"Selamat Tinggal"
Huurun aini jannati
Sahabat Mujahidah
Tunjuk kan ku jalan yang lurus
Lukisan bercerita
Dakwat, berus dan serban




DIA kekasih hati
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم . السلام عليكم 

Alhamdulillah, dapat jugak wani postkan entry baru hari ni. Rasanya memang lama wani tak blogging. Maklumlah, baru lepas exam. Maaf yea kawan-kawan kalau wani lambat balas blogwalking korang semua..

Posting wani kali ni cukup simple, 'DIA kekasih hati'.. Siapa yang tak ada kekasih hati dekat  sini? Jangan risau. Kita sebenarnya ada kekasih hati dan kita perlu selalu dekat dengan-NYA untuk lebih mengenali dan mencintai..

Wani tahu, ada yang mengaku bahawa "Allah kekasih hati saya".. Tapi apa gunanya kalau kita cuma pandai berkata-kata dan dalam masa yang sama, kita serahkan cinta untuk lelaki ajnabi?  Kalau macam tu, betul ke Allah kekasih hati? Bukan ke cinta tu pada yang satu? Ada juga yang mengagungkan kekasih sendiri sehingga lupa siapa sebenar-benarnya 'kekasih hati'.. Mungkin bagi sesetengah orang, si pasangan itu lah segalanya, dia lah yang membuatkan kita bahagia, tanpa dia, hidup tak bermakna.. Betul ke??

Kita terlalu taksub meraih cinta sehingga lupa untuk mencintai EMPUNYA cinta.. Tak salah sebenarnya kalau nak bercinta. Tapi perlu tengok juga kita bercinta dengan siapa.. Cinta? Saya pun pernah bercinta. Tapi itu dulu. Dah 7 bulan saya tinggalkan semua tu semata-mata kerana agama. Saya tak nak si dia terus menderita dengan hubungan kami yang tak diredhai-NYA.. 3 tahun, memang lama. Saya tak nak terus tambah dosa & ulang kesilapan yang sama.. Cukup hati ni saya jaga dulu untuk DIA & serahkan sepenuhnya kepada seseorang bila tiba masa dan haknya..

Kejamkah saya tinggalkan dia demi meraih cinta-NYA?? Ohh, tidak! Lebih kejam jika saya teruskan hubungan ini tanpa apa-apa ikatan yang tidak diredhai-NYA.. Lebih kejam jika saya lakukan sesuatu yang bercanggah dengan agama. Nampak kecil namun jika diteliti, teramatlah besar dosanya!

 Keliru? Sebenarnya kita tak perlu keliru dan meragui.. Bila semua niat kita ikhlas kerana Allah, kenapa hati nak ragu lagi? Cuba fikir balik, cinta siapa yang paaaaaling hakiki? Kasih siapa selamanya abadi? Lagipun Allah dah cakap, "innalahama'na" Allah sentiasa bersama-sama kita, tak kira di duniawi mahupun ukhrawi. Dan saat tu kita akan sedar, siapa sebenar-benarnya KEKASIH HATI..

Tak perlu lah risau jika tak jumpa permaisuri/putera yang akan bertakhta di hati. Serahkan semuanya kepada Allah. Kita merancang kan? Tapi jangan lupa, Allah adalah sebaik-baik perancang.. Teguhkan dulu cinta dekat Illahi. Gapai cinta-NYA sebelum gapai cinta manusia.. InsyaAllah, suatu hari Allah akan kurniakan cinta yang kamu impi..


Pesanan : Cinta manusia itu urusan DIA. cinta DIA itu urusan kita. Jangan mencampuri urusan DIA sehingga melupakan urusan kita.. Wallahua'lam..


Terima Kasih sudi baca coretan yang tak seberapa. Harapanku, semoga kamu dikurniakan manisnya iman yang berpanjangan. Semoga diberkati hidupmu menuju bahagia yang kekal abadi ♥




Older Post | Newer Post