Waniey Mahassan

Dalam kegelapan itu, terbit cahaya dariMU ♥




Semua penulis akan mati.
Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti.


Ku biar kalam berbicara, Menghurai maksudnya di jiwa.
Ku biarkan pena menulis, Meluahkan hasrat di hati,
Moga terubat segala keresahan di jiwa.





FACEBOOK SAYA!




KARYA PENULIS
KENALI SAYA
MUHASABAH DIRI
JOM BERUKHUWAH !












Tinggalkan jejak di sini!














"Selamat Tinggal"
Huurun aini jannati
Sahabat Mujahidah
Tunjuk kan ku jalan yang lurus
Lukisan bercerita
Dakwat, berus dan serban




Syurga
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم . السلام عليكم

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah) Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya (Surah al-kahfi : 107-108)

Syurga, seindah namanya. Tidak terlihat oleh mata, tidak terdengar oleh telinga, tidak terlintas di hati betapa indahnya syurga.
Ada pun syurga yang paling tinggi darjatnya dinamakan Al-Firdaus. Diriwayatkan bahawa di atas syurga ini lah terletaknya Arash Ar-rahman. Selain itu, keistimewaan syurga Al-Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah swt dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.

Dari Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fatani dalam kitabnya,
"Bahawa syurga itu mempunyai 8 buah pintu gerbang. Antaranya adalah pintu syurga bagi orang yang melakukan ibadah puasa yang dinamakan pintu Ar-Rayyan. Rasulullah saw berjumpa sebatang sungai susu yang tiada berubah rasanya dan sebatang sungai arak yang lazat dan sebatang sungai madu yang jernih. Sungai-sungai syurga pula memancar dari bawah-bawah bukit"
 Subhanallah, indahkan..? :)


Sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. pernah melihat sungai yang dinamakan Al-Kauthar. Sungai ini dilingkari oleh bukit-bukit yang terdiri dari permata dan tanahnya dari wangian yang paling wangi. Tepian sungai pula  terdiri dari emas sedangkan anak-anak batunya dari mutiara. Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya : " Barangsiapa meminum air dari Al-Kauthar ini walau hanya satu kali sahaja, dia tidak merasa haus selama-lamanya"


 Menurut riwayat hadis Rasulullah saw tentang nikmat syurga, bahawa Allah menciptakan taman-taman di dalam syurga bagi penghuninya. Ada dua bentuk taman di syurga:  Dua taman yang dicipta Allah swt daripada emas dengan segala apa yang ada padanya dan dua taman yang dicipta Allah swt daripada perak dengan segala apa yang ada padanya ( al-Bukhari dan Muslim) Di dalam taman-taman tersebut terdapat pelbagai jenis buah-buahan sama ada kurma ataupun delima, mata air dan sungai yang terus menerus mengalir airnya dengan tenang.

 Di dalam syurga juga terdapat teman-teman yang baik akhlaknya dan cantik rupanya, iaitu bidadari yang hanya tinggal di tempat tinggal masing-masing. Bidadari ini cantik berseri seperti permata delima dan marjan (yaqut wal marjan) . Kulit mereka putih melepak, cantik matanya, malah pandangannya tertumpu kepada mereka semata-mata. Bidadari ini juga tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin. Mereka bersenang lenang, bergurau senda di atas cadar hijau warnanya dan permaidani yang sangat indah. Golongan yang  bertuah ini disebut sebagai ' Ashabul Yamin ' (golongan kanan)

 Firman Allah swt yang bermaksud:  "Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu, berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang tersusun buahnya dan naungan yang terbentang luas; dan air yang tercurah; dan buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya." (Al-Waqiah: 27-33)


Saya hanya kongsikan apa yang saya sendiri terbaca. Kebenarannya, wallahua'lam.Namun, apa yang pasti, nak dapatkan syurga, bukannya semudah kata-kata. Perlu bermujahadah.
"Allahumaj a'lna min ahli Jannatil Firdaus" Aamiin . . .


Terima Kasih sudi baca coretan yang tak seberapa. Harapanku, semoga kamu dikurniakan manisnya iman yang berpanjangan. Semoga diberkati hidupmu menuju bahagia yang kekal abadi ♥




Older Post | Newer Post