Maksud nama sendiri?
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم . السلام عليكم
Alhamdulillah, parents letak nama yang baik-baik untuk saya, wahal dalam agama islam sendiri menganjurkan pemilihan nama yang baik, sebab ianya melambangkan identiti seseorang dan sekurang-kurangnya pilihlah nama yang membawa maksud yang baik.
Masa kecil-kecil dulu, selalu sangat terfikir, kenapa mak ayah letak nama Syafawani? Kenapa tidak Syazwani? atau Hazwani? Kenapa dan kenapa nama Syafa itu perlu ada? Terasa pelik pada nama sebab jarang orang letak nama 'Syafawani'.
Masa tu tak suka betul orang panggil Syafa, sebab macam ganjil. Tapi tak pernah langsung ada rasa nak tanya mak maksud nama sendiri. Kadang-kadang terasa nk tukar nama pun ada. Haha. Budak-budak kan, tak fikir jauh, tak pernah pernah fikir panjang, hehe.
Bila dah besar ni, baru terfikir nak cari maksud untuk nama diri. Akhirnya, jumpa juga maksud nama Syafawani. Dan rupanya, indah-indah maksud nama yang mak bagi. Syafa (Penawar) & Wani (Mutiara). Alhamdulillah, baru sedar nama yang parents bagi sebenarnya yang terbaik buat kita. Hmm.. Menyesal pulak nak tukar nama dulu. Kikiki.
Guys, cuba share sikit maksud nama semua. Mana la tahu boleh letak nama untuk anak ke nanti. Ngee.
Wassalam .
Muhasabah Bersama
"Wanita meletakkan tangannya pada mulutnya ketika menangis. Dan lelaki pula meletakkan tangannya pada matanya ketika menangis. Seolah-olah mereka tahu dari mana banyak terhasilnya dosa"
-Dr Khalid Abd Aziz Muhammad Al-Jubair
--------------------------------------------------------
Takdir kadang2 mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang, memberi apa yang tidak dirancang, memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan, serta membuat kita merasa kehilangan..
Namun takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban,
serta memberi peluang menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN, dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan ♥
--------------------------------------------------------
Nabi saw berkata : Sesungguhnya di atas neraka jahannam itu ada titian sirat yg lebih nipis dari rambut & lebih tajam dari pedang. Bahagian atasnya menghadap ke syurga iaitu tempat yang licin, daripada kedua-dua sisinya ada besi-besi berpengait serta duri-duri api. Dengan sirat itu, Allah merintangi sesiapa sahaja yang Dia kehendaki daripada para hamba-Nya. Dan orang-orang yangg tergelincir pada hari itu samada lelaki ataupun perempuan adalah banyak sekali. (HR : al-baihaqi)
--------------------------------------------------------
Syurga itu sangat mahal & perlu dibeli dgn iman dan amal. Neraka itu sangat murah jika dibeli dengan dosa dan nafsu. Cerdiknya seseorang itu apabila dia mengetahui betapa indahnya syurga dan betapa azabnya neraka. Tabarakallah.
--------------------------------------------------------
Bukan Allah tak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, sengsaranya sukmamu. Mungkin itulah yang DIA mahukan kerana DIA tahu, hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat & akrab antara DIA dan kamu ♥
--------------------------------------------------------
Sebenarnya saya
Syafawani, 23
Banyak berkongsi. Tapi malangnya diri sendiri tidak seperti yang dinyata. Mungkin, lebih teruk dari orang lain yang tak tahu agama :(
Allah, aku berdamai dengan segala kisah lalu.
Ku ingin pasrahkan dan ikhlaskan apa yang telah berlaku.
Aku ingin menjadi sebenar-benar redha untuk semua aturan takdirMu. Gantikan apa yang aku hilang dengan jauh lebih baik menurut-Mu.
Jauh lebih indah, lebih kekal abadi hingga ke syurga-Mu. Sungguh aku ingin terus bersimpuh di sisiMu, menghiba padaMu dan bersandar erat di pautan cintaMu.
Tegur bila aku salah!